Ampulex Dementor |
ALOR SETAR - Sejenis spesis tebuan yang baru ditemui di Thailand disifatkan sangat aneh
dan luar biasa kerana ia dikatakan mampu menukar mangsa menjadi ‘zombie’ sebelum
memakannya.
Tebuan yang diberi nama Ampulex Dementor itu memburu serta menjadikan lipas sebagai sasaran mangsanya.
Difahamkan bahawa modus operadi tebuan tersebut akan menyuntik racun ke dalam tubuh lipas sekaligus akan membuatkannya hilang kawalan terhadap tubuh sendiri.
Apa yang menariknya lagi, nama yang diberikan kepada tebuan itu dipetik atau diambil daripada salah satu karakter seram novel dan filem terkenal Harry Potter iaitu Soul-Sucking Dementor!
Spesis tebuan ini merupakan antara 139 spesis baru yang ditemui di Greater Mekong pada tahun 2014 termasuklah katak yang boleh bertukar warna pada waktu malam.
Nasib baiklah sasaran tebuan ini adalah seekor lipas, kalau manusia jadi sasaran habislah satu dunia bertukar jadi zombie. -Kedahnews.com