"Terima Kasih Kepada Semua Pekerja" - Najib Tun Razak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan penghargaan beliau kepada semua pekerja bersempena sambutan Hari Pekerja esok.

“Sempena sambutan Hari Pekerja tahun ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja yang telah menyumbang ke arah kejayaan Malaysia sepertimana yang kita kecapi kini.

“Saya harap semua dapat meluangkan masa berkualiti dengan ahli keluarga tersayang sempena cuti panjang hujung minggu ini. Selamat Hari Pekerja kepada semua!,” katanya dalam laman sosial Facebook rasminya hari ini.

Sambutan Hari Pekerja 2015 peringkat kebangsaan bakal mencatat sejarah apabila julung kalinya diadakan di Sarawak esok.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem dilaporkan berkata sambutan bertemakan ‘Pekerja Sihat, Produktiviti Meningkat’ itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching dan dijangka dihadiri 10,000 orang. – BERNAMA