Tertidur Ketika Mesyuarat, Menteri Pertahanan Korea Utara Dibunuh!

Hyon (kanan) dibunuh hanya kerana tertidur dalam mesyuarat dan enggan mematuhi arahan yang diberikan Kim terhadap dirinya.
ALOR SETAR - Menteri Pertahanan Korea Utara, Hyon Yong-chol dilaporkan telah dibunuh hanya disebabkan beliau tertidur ketika menghadiri mesyuarat menteri-menteri bersama pemimpin negara komunis itu, Kim Jong-un.

Menurut laporan agen perisik dari Korea Selatan, Hyon ditembak mati pada 30 April lalu di hadapan ratusan saksi yang hadir.

Berita itu terbongkar hanya selepas seminggu ia berlaku, selepas 15 pegawai atasan kerajaan turut dikenakan hukuman sama selepas mengingkari dan membantah arahan Kim.

Difahamkan bahawa termasuk mereka yang dihukum matu itu, dua timbalan menteri yang telah mencabar polisi pemerintahan Kim turut menerima akibat yang sama.

Di Korea Utara, tiada sesiapa dibenarkan membantah arahan daripada ketua negara mereka.

Menurut laporan BBC, pertukaran menteri di Korea Utara memang sentiasa berlaku tetapi hukuman mati terhadap Hyon tidak diduga memandangkan beliau merupakan salah seorang menteri kabinet yang telah lama berkhidmat di bawah pemerintahan legasi Kim. -Kedahnews.com