The Rock Pegang Rekod Dunia Selfie Paling Banyak Dalam 3 Minit!

The Rock
ALOR SETAR - Pelakon Hollywood dan bintang WWF, The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson melakar sejarah Guinness World Record mengambil gambar selfie paling banyak dalam tempoh masa bawah tiga minit.

The Rock mengambil sebanyak 105 gambar selfie bersama peminatnya yang menghadiri majlis tayangan perdana filem lakonan terbaharunya, San Andreas di London, baru-baru ini.

Rekod itu disahkan sendiri oleh wakil Guinness World Records, Mark McKinley yang turut memantau sendiri proses gambar selfie itu.

Difahamkan bahawa The Rock perlu memastikan mengikut peraturan selfie yang ditentukan antaranya muka dan leher The Rock dan peminatnya mesti masuk dalam frame gambar selain imej itu adalah jelas dan tidak kabur.

Dalam jangkaan kami, tangan The Rock yang berurat-urat itu mungkin lenguh-lenguh untuk memenuhi kehendak peminat dan berselfie 105 gambar tanpa henti dalam tempoh tiga minit.
Mungkin ada yang rasa tiga minit itu agak singkat tempohnya. Tapi cubalah berselfie selama tempoh itu dan selepas itu tahu sendirilah "azab" yang terpaksa ditanggung lengan kita nanti.
Tapi rasanya nanti adalah juga yang akan pecahkan rekod The Rock ini, kan? - Kedahnews.com