Norhapipah menunjukkan laporan akhbar mengenai tragedi yang menimpa arwah ayahnya 10 tahun lalu. |
ALOR SETAR - Jikalau remaja seusianya masih berseronok, namun ia berbeza
buat seorang gadis, Norhapipah Azmi, 19, dari Kampung Tok Sakar, di
sini.
Anak keempat dari lima beradik ini menggalas tanggungjawab arwah ibunya, Che Su Zain, 47, yang meninggal dunia tahun lalu.
Lebih menyayat hati, arwah bapanya, Azmi Abdul Rahim maut kira-kira 10 tahun lalu akibat terkena renjatan elektrik.
Menurutnya, selepas kematian orang tua, dia tinggal bersama abang (Mohd Hasrul, 22) dan adik (Muhammad Syafiq Aizat, 11) di rumah pusaka keluarganya, sementara dua lagi kakaknya sudah berkeluarga.
"Abang kerja kampung, dan adik sekolah. Saya pula urus rumah, memasak, membasuh baju dan sebagainya.
"Saya hampir putus asa dengan keadaan kewangan, pembelajaran dan nasib dilalui kami adik beradik. Mujur kakak sentiasa bagi semangat walaupun tinggal jauh, termasuk cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Kampung," katanya.
Dalam pada itu, katanya, rumah pusaka yang didiami mereka reput dimakan anai-anai dan membahayakan.
"Dindingnya sudah terkopak, papan reput, tiang rumah pula hanya cantik di luar tapi dalamnya sudah kosong.
"Sebelum ini, tiang kayu reput pernah jatuh dan hampir menimpa arwah ibu, jadi saya risau perkara sama berulang kalau dibiarkan," katanya.
Menurutnya, pendapatan abangnya tidak menentu, sekitar RM500 sebulan tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka tiga beradik.
"Saya dan adik ada dapat wang sara ayah RM150 seorang tapi tak mencukupi.
"Jadi, saya harap sangat ada pihak yang sudi membantu membaiki rumah ini yang sangat usang," katanya. -Sinar Harian