SATU pertembungan mega antara dua bintang tinju handalan dunia iaitu
Floyd Mayweather dan Manny Pacquiao berakhir dengan kemenangan
menyebelahi Mayweather.
Peninju profesional Amerika itu berjaya menumpaskan bintang Filipina,
Pacquiao dengan kemenangan yang diberikan tiga juri, 118-110, 116-112
dan 116-112.
Bagaimanapun dalam satu temu bual selepas itu, Pacquiao berkata, dia yakin telah mengalahkan Mayweather.
“Ia satu pertarungan yang
hebat. Saya fikir saya akan menang pertarungan ini. Dia (Floyd
Mayweather) tidak melakukan apa-apa. Dia sentiasa mengelak. Saya berjaya
beberapa kali,” ujarnya selepas tamat 12 pusingan tersebut,
Namun demikian, seperti semua sedia maklum, perlawanan yang diadili
juri itu tidak menyebelahi Pacquiao apabila kesemua mereka sepakat
memberikan kelebihan mata buat Mayweather. -Kedahnews.com