ALOR SETAR - Kedahnews.com yakin di zaman sekarang ini kebanyakan dari kita berkemungkinan besar memiliki telefon pintar.
Selain telefon pintar, rasanya bagai tidak lengkap jika kita tidak memiliki power bank juga merupakan alatan wajib ada sekiranya bateri telefon kita berada dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’.
Kebiasaannya power bank sering dibawa ke mana-mana sahaja dan disimpan di dalam beg tangan lebih-lebih lagi buat kaum wanita.
Cuma kadangkala, rasanya ramai juga yang meninggalkan power bank dalam kereta sahaja kalau malas nak bawa sekali ketika outing kan..
Kalau sayangkan kereta dan harta benda anda, kami ingin berpesan supaya janganlah sesekali tinggalkan power bank anda terdedah di dalamnya.
Sebabnya, jika kita berbuat demikian, kenderaan kesayangan kita sangat berpotensi untuk terbakar sebagaimana yang dikongsikan dalam gambar di atas.
Ambil pengajaran dan jangan sesekali biarkan power bank terdedah secara terus kepada pancaran matahari, okay? -Kedahnews.com