Tips: Lindungi Anak Kita Dari Jadi Mangsa Buli Penyangak Siber


ALOR SETAR - Cyber bully atau buli siber adalah merupakan perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti teks mesej (SMS), chatting, e-mail, laman sosial, telefon bimbit ataupun permainan internet.

Kewujudan pelbagai medium sosial di internet pada hari ini, memudahkan lagi seseorang individu itu sentiasa terdedah untuk dijadikan sasaran mangsa buli di alam siber.

Walaupun tidak berlaku di alam nyata, buli di alam siber boleh memberi kesan psikologi yang mendalam kepada mereka yang menjadi mangsa.

Video berikut memberikan tips bagaimana ibu bapa boleh memainkan peranan mereka dalam membantu anak-anak menangani buli di alam siber.