Nor Asiah menunjukkan lokasi tingkap yang digunakan wanita misteri terbabit masuk ke dalam rumah. |
PADANG SERAI - Seorang suri rumah trauma apabila didatangi seorang
wanita misteri yang masuk ke bilik dan menekup mulutnya sebelum
melarikan diri di Kampung Permatang Tok Dik, dekat sini, awal pagi
kelmarin.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Nor Asiah Ishak, 48, sedang tidur di dalam biliknya yang dipasang kelambu, namun tersedar apabila terasa seperti diperhatikan.
Menurutnya, kebiasaannya jika suaminya bekerja waktu malam, dia akan tidur di rumah ibu mertua yang bersebelahan dengan rumahnya.
"Saya tidur di bilik tengah manakala kedua ibu bapa mertua saya tidur di ruang tamu.
“Pada hari kejadian, ibu bapa mertua saya sedang menunaikan solat sunat tahajud namun tidak menyedari ada orang menceroboh masuk ke dalam rumah. Saya tersedar apabila suspek menyelak kain kelambu yang dipasang dan melihat ke arah saya sebelum saya menjerit,” katanya kepada Sinar Harian.
Nor Asiah berkata, akibat terkejut dengan laungannya, wanita misteri yang lengkap bertudung itu terus menekup mulut dan membuat isyarat diam kepadanya.
“Saya juga mendengar suaranya seolah-olah berbisik meminta saya diam,” katanya.
Katanya, bibir sebelah kanannya mengalami luka kerana ditekup dengan kuat oleh wanita terbabit yang turut memakai sarung tangan.
“Saya tak fikir dia nak menyamun kerana tiada barang yang hilang,” katanya.
Malah katanya, wanita tersebut dipercayai masuk melalui tingkap dengan mengopak besi nako di bahagian dapur rumah itu.
“Saya bangun dapati dua cermin di bahagian dapur telah bengkok dan dua cermin tingkap diletakkan di luar rumah serta pintu juga terbuka,” katanya.
Berikutan kejadian itu, Nor Asiah membuat laporan di Balai Polis Padang Serai.