Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Dari Seluruh Dunia Berhimpun Di Malaysia Mei Ini


KUALA LUMPUR – Buat julung kali Malaysia akan menjadi tempat perhimpunan para ulama Islam dari seluruh dunia bagi membincangkan berkenaan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Penganjur dalam satu kenyataan memberitahu, program yang julung kali diadakan di negara ini itu akan menjadi perhimpunan terbesar ulama dari seluruh dunia termasuk Arab Saudi, Yaman, Syria, United Kingdom, India, Australia, Mesir, Amerika Syarikat, Indonesia, Thailand dan Singapura.

“Mereka akan membincangkan 10 topik penting dan sering dibangkatkan berkenaan Manhaj atau Perjalanan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Ia bertujuan memberi pencerahan pelbagai persoalan yang menjadi kekeliruan umat Islam selama ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, perhimpunan ulama dari seluruh dunia itu akan turut merungkai sejarah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mempunyai legasi besar di seluruh nusantara.


“Ahli Sunnah Wal Jamaah ini sudah wujud sejak 900 tahun yang lalu ketika di zaman pemerintahan khalifah Uthmaniyah,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, Program Muktamar Ulama Ahli Sunnah Wal Jammah Sedunia Malaysia 2015 itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dari 6 hingga 8 Mei 2015.

Berikut adalah senarai ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan menyertai muktamar berkenaan, insyaAllah; - Kedahnews.com

1- Habib Umar ben Hafidz (Yaman) 2- Habib Omar Al Gailani (Arab Saudi) 3- Habib Faisal Al Kaff (Arab Saudi) 4- Syeikh Tawfeeq Al Booti (Syria) 5- Syeikh Yaser Al Qotmani (Syria) 6- Syeikh Fawwaz Al Namer (Syria) 7- Syeikh Abu Bakar (India) 8- Syeikh Abdul Hakim (India) 9- Syeikh Sayyid Ibrahim India) 10- Habib Jindan Bin Jindan (Indonesia) 11- Habib Ahmad Bin Jindan (Indonesia) 12- Kiyai Muhammad Muhyiddin (Indonesia) 13- Syeikh Abdul Muez Al Nufti (Australia) 14- Syeikh Yahya Rodus (Amerika Syarikat) 15- Syeikh Abdul Karim (Amerika Syarikat) 16- Syeikh Afifuddin Al Jailani (Arab Saudi) 17- Habib Abu Bakar Al Masyhur (Arab Saudi) 18- Syeikh Muhammad Yahya Al Ninowi (Amerika Syarikat)