VIDEO: Aksi Tukang Gunting Rambut Terlampau Kurang Ajar..


ALOR SETAR - Bagi golongan kaum Adam yang gemar mengunjungi kedai gunting rambut India, selain bergunting mereka juga difahamkan gemar pada servis lain ditawarkan di sana termasuklah trim misai, janggut dan mengurut wajah serta kepala.

Kadangkala, ada di kalangan mereka yang sampai terpejam-pejam mata dek keasyikan diurut wajahnya.

Tapi, selepas menyaksikan video di bawah ini, Kedahnews.com yakin mereka akan terkenangkannya setiap kali pergi bergunting rambut dengan di kedai rambut India.

Tak tahulah kami untuk mengkategorikan perbuatan tukang gunting rambut ini sebagai apa. 


Namun, kalau betul pun hendak bergurau, maka lawak tukang gunting di dalam rakaman video berkenaan memang boleh diletakkan ditahap melampau kurang ajarnya, kan?

Cuba bayangkan kalau anda merupakan brader dalam video itu. Apa agaknya perasaan selepas lihat wajah anda dibuat sedemikian rupa.  
Confirm tak puas hati nak pergi ludah balik, kan?
Walau bagaimanapun, kami juga yakin tidak semua tukang gunting rambut berbangsa India melakukan perkara yang serupa. Cuma dalam konteks ini, mungkin "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"... -Kedahnews.com