ALOR SETAR - Seekor orang utan jantan yang tinggal di The Myrtle Beach Society di South California disifatkan sangat prihatin kerana menjaga tiga ekor anak harimau dengan baik seolah anaknya sendiri.
Dalam satu rakaman video, jelas menyaksikan haiwan bijak itu begitu penyayang, sentiasa menyusukan anak-anak harimau yang tinggal dengannya
menggunakan botol susu.
Keadaan itu yang sememangnya berbeza dengan lumrah biasa turut menyentuh ramai pihak di seluruh dunia.
Menerusi video berdurasi kurang 40 saat di bawah, kita dapat saksikan
keakraban serta keintiman haiwan ini bermanja serta bermain sesama
sendiri.
Memang comel sangat, kan?
Harap-harap orang utan itu tidak dijadikan sajian anak-anak harimau itu bila besar nanti. -Kedahnews.com