VIDEO: Gambar Ini Fitnah, Lakonan UMNO Di Permatang Pauh? Ini Buktinya...

Rumah penyokong kuat PAS di Kampung Tun Sardon yang mencetus kemarahan para penyokong PKR dan dituduh sebagai fitnah.
PERMATANG PAUH - Sebelum ini, ada yang menuduh pihak-pihak tertentu yang kononnya telah melakukan ubahsuai dan proses edit "superimpose" berkenaan gambar sebuah rumah orang kuat PAS di Kampung Tun Sardon di sini.

Gambar yang memaparkan pemilik rumah itu yang merupakan penyokong kuat PAS di kawasan berkenaan tiba-tiba "viral" apabila dia menggantung bendera PAS, UMNO dan bendera Malaysia di rumahnya.

"Alah...bkn susah pun nk snap gambau ni...sendiri pasang bendera,sendiri snap lah...itu pun pelik ka? Sampah!!!," tulis Ishimaru Junichiro di laman page Kedahnews.com.

Malah ada yang mahu orang ramai tidak percaya pada gambar berkenaan dan mendakwa gambar itu merupakan pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh UMNO di Permatang Pauh.

"Tahniah lah sebab lakunan anda berjaya menipu....", kata Din Lanai.

"Jgn senang termakan fitnah macai2 umngok!," dakwa Mustafa Abdul Rahman pula.

"Hahaha.... napok sgt bohongnya. Amno dah meroyan," tulis Aye Jeng.

"Smua ni belakon je.. pengundi pematang pauh jgn mudah pecaya," tulis Abd Ghani, mendakwa segalanya hanyalah lakonan semata-mata.


Biarpun dituduh sedemikian, kami berbangga untuk menunjukkan kebenaran di sebalik gambar kontroversi yang menaikkan kemarahan "macai-macai" pihak yang tidak menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan.

Sila tonton video dibawah untuk pencerahan sebenar... -Kedahnews.com