VIDEO KEJAM! Bayi Menangis Dibanting, Dicampak Tanpa Belas... @KBAB51

ALOR SETAR - Menyirap darah Kedahnews.com menonton rakaman video yang memaparkan seorang bayi yang dianggar berusia 6 bulan dibanting, dicampak dan diperlaku seperti anak patung oleh seorang wanita.

Mendengar tangisan bayi malang yang belum tahu apa-apa, berteriak "selop" sedemikian benar-benar mencabar kesabaran kami terhadap perlakuan wanita yang tidak dapat dipastikan identitinya itu.

Bagai tidak mengenal erti kasih sayang, bayi berkenaan dicampak ke atas katil sebelum dipusing-pusing dan digoncang dengan kuat oleh wanita tersebut tanpa belas kasihan di hatinya.

Sesetengah warga netizen yang menonton rakaman video berdurasi 52 saat itu menelah bahawa wanita itu bertindak kejam sedemikian mungkin disebabkan berang terhadap bayi berkenaan yang menangis tidak henti.



Biar apa pun alasan yang diberikan, kami tetap berpandangan bahawa alasan berkenaan langsung tidak dapat diterima memandangkan bayi berkenaan belum tahu apa-apa melainkan menangis jika sakit diperlaku sedemikian rupa.

Justeru itu, kami memohon jasa baik dan pertimbangan sewajarnya pihak yang mempunyai maklumat berkenaan video di atas untuk tampil membuat laporan polis bagi memastikan wanita dan perakam video itu diheret ke muka pengadilan.

Biar dia tahu sikit tentang erti "penyesalan"! -Kedahnews.com