"Why I Hate My Mother..." |
Ada yang menuduh ibu dan ayah mereka tidak memahami kehendak naluri atau perasaan mereka, serta ada yang tergamak menyesal di hati kerana beribu ayahnya keduanya.
Namun, bagi Kedahnews.com, kasih sayang dari seorang insan bernama ibu itu sungguh indah, mahal, sangat bermakna dan amat besar perngorbanan yang tiada tolok bandingnya terhadap seorang anak.
Sempena hari ibu yang berlangsung tanggal 10 Mei lalu, TheGrimFlim telah berkongsi dengan orang ramai sebuah video yang bakal menyedarkan kita tentang erti sebenar kasih sayang seorang ibu.
Video yang dirakam secara rahsia oleh seorang budak lelaki tentang sikap ibunya yang suka membebel dan memukulnya ini membuatkan ramai sebak dan menitiskan air mata.
Ingin tahu kenapa? Tonton video berkenaan di bawah hingga tamat... -Kedahnews.com