Ramai orang di Malaysia yang mengeluh menghadapi kesulitan dalam pekerjaan, kononnya merekalah yang paling rajin, tapi dapat gaji "ciput" dan tidak kurang pula yang meletakkan semua kesalahan kepada pihak tertentu, terutama kerajaan.
Ayat-ayat seperti gaji terlalu kecil.. bos sering maki hamun.. jauh
dengan pejabat dan bermacam- macam lagi ragam orang kita yang amat
‘manja’ dengan realiti kehidupan.
Padahal mungkin kesulitan tersebut tidak seberat dirasakan oleh pemuda di dalam sebuah rakaman video yang dipercayai dari negara China, yang kami kongsikan di bawah ini.
Bayangkan, kedua-dua lelaki ini perlu melentur sebatang rod besi dengan kepanasan mencecah 1200 darjah celcius.
Kami yang menulis artikel ini pun amat terkesan dengan kesungguhan
kedua pemuda ini, tapi lihatlah riak wajah mereka.. kerja dengan senyum
bukan?
Mesin yang digunakan bagi melentur rod besi itu seakan ‘mesin tebu’ yang sering berada di pasar malam.
Jika mengambil perahan air tebu perlu menggunakan kemahiran, maka
kehandalan mereka ini jauh lebih tinggi daripada penjual-penjual air
tebu sedia ada.
Jujurnya, kami amat kagum dengan sifat kedua pemuda ini yang mengamalkan sikap setia kawan dalam bekerja. -Kedahnews.com