ALOR SETAR - Kadang kala, ada di kalangan ibu bapa yang alpa dan seolah yakin anak mereka tidak akan menjadi mangsa culik dengan begitu mudah melalui pujukan dalam tempoh tidak sampai seminit.
Video eksperimen berdurasi lebih kurang 3 minit di bawah bakal membuka mata ibubapa yang yakin anak mereka tidak akan jadi mangsa penculikan.
Walaupun ibubapa yang sering menasihati anak-anak agar tidak
mendekati atau bercakap dengan orang yang tidak dikenali, lumrah menjadi
kanak-kanak, mereka mudah percaya dan terpedaya dengan sogokan.
Menerusi satu eksperimen sosial yang dibuat oleh pengguna Youtube,
Joey Salads, isu ini akan menyedarkan golongan ibubapa bahawa nasihat
semata-mata tidak akan menjamin anak mereka akan terselamat.
Ibubapa seharusnya peka dan pantau setiap gerak-geri anak kecil dan jangan sesekali membiarkan mereka keseorangan.
Video yang dimuat naik 3 hari lalu ini telah mendapat lebih 3 juta tontonan di Youtube.
Semoga ianya dapat menyedarkan kaum ibubapa di luar sana untuk elakkan kes penculikan ini berlaku dengan mudah.
Kami ibu bapa prihatin, anda pula bagaimana? Kongsikan pesanan ini demi anak-anak kita... - Kedahnews.com