Tinggal Kenangan...Dua anak kecil yang kehilangan kasih sayang ibu dan ayah kandung mereka... |
Meskipun dikatakan ramai saksi yang mendakwa ahli kelab MyVi itu seolah berlumba dalam satu perlumbaan haram di lebuhraya DUKE awal pagi semalam, wanita yang dikenali sebagai Yana tetap cuba "menegakkan benang yang basah".
Yana dalam satu mendakwa berita yang tersebar
mengenai perlumbaan yang berlaku antara kereta Myvi adalah tidak benar.
Bagaimanapun, timbul persoalan tentang mengapa pemilik-pemilik kereta MyVi berkenaan melarikan diri setelah kemalangan tersebut dan mengecam kenyataan Yana yang tersebar di laman-laman sosial.
Pada Kedahnews.com, biar apa pun penafian atau kenyataan dari mana-mana pihak mengenai insiden memilukan ini, ia tidak sama sekali dapat menghentikan tangisan dua anak kecil yang kini menjadi yatim piatu, ditinggalkan ibu dan ayah mereka.
Mengalir airmata kami ketika menulis artikel ini sambil menahan sebak di hati, begitu tersentuh dengan apa yang menimpa keluarga berkenaan khususnya selepas menonton video di bawah:
Semoga dengan apa yang berlaku akan mengajar dan memberi pengajaran kepada seluruh pemandu di negara kita betapa pentingnya mereka untuk mematuhi undang-undang jalanraya serta perlu lebih berhati-hati ketika memandu.