VIDEO: Perlawanan Terakhir Steven Gerrard Bersama Liverpool

Steven Gerrard
ALOR SETAR - Perlawanan menentang Crystal Palace semalam merupakan penampilan terakhir Steven Gerrard bersama pasukan Liverpool yang diwakilinya sejak 17 tahun lalu.

Gerrard selepas ini dikatakan bakal menyertai pasukan LA Galaxy bermula Julai nanti.

Walaupun tewas 3-1 di tangan Crystal Palace semalam, namun itu tidak mematahkan semangat Gerrard untuk menunjukan sokongan dan mengucapkan ucapan selamat tinggal kepada penyokong The Reds yang sekian lama menyokong kerjayanya selama ini.

gerrard

Yang menariknya, agak mengharukan suasana apabila pemain-pemain Liverpool yang lain turut menyarung jersi nombor 8 milik Gerrard yang turut tercatat nama pemain lagenda kelab tersebut. – Kedahnews.com