VIDEO: Suami Isteri, Bayi Comel Usia 6 Bulan Maut Disebabkan Lumba MyVi

ALOR SETAR - Awal pagi ini Malaysia dikejutkan dengan berita kemalangan yang sungguh menyayat hati membabitkan saudara kita yang maut kemalangan gara-gara sekumpulan Perodua Myvi berlumba di lebuhraya.

Sepasang suami isteri beserta bayi comel mereka yang baru berusia enam bulan menjadi korban satu kemalangan ngeri membabitkan kereta Pajero Sport dan Perodua Myvi di Lebuhraya Duke arah Damansara, awal pagi tadi.

Kereta Pajero Sport yang dinaiki mangsa sekeluarga dilaporkan terbalik dan mengakibatkan tiga beranak itu tercampak keluar lalu meninggal dunia di tempat kejadian serta merta.

Menurut saksi kejadian, kemalangan berlaku gara-gara enam buah kereta Perodua Myvi berlumba sesama mereka di lebuh raya pada waktu berkenaan.

Setakat ini, sebuah Perodua Myvi yang terlibat dalam perlumbaan haram tersebut telah ditahan namun, lima buah lagi telah melarikan diri dan diminta menyerah diri di balai polis berhampiran.

Menurut laporan sebuah portal, keenam-enam Perodua Myvi terbabit dipercayai merupakan ahli Myvi Familia Club.

Difahamkan bahawa pasangan suami isteri yang terkorban meninggalkan dua anak perempuan yang kini menjadi anak yatim piatu.

Al-Fatihah buat kesemua mangsa dan semoga pihak berkuasa membawa kes ini ke muka pengadilan untuk tindakan selanjutnya. -Kedahnews.com