VIDEO VIRAL: Marah Betul Pegawai Polis Ni Pada Ah Long...!!!


ALOR SETAR - Terkedu Kedahnews.com tengok sebuah rakaman video yang melibatkan seorang pegawai polis yang begitu marah kepada peminjam wang haram atau Ahlong supaya jangan buat kacau di kawasannya.

Ini betul-betul marah ni...! 

Sambil menunjukkan banting tertera nombor telefon yang biasa digunakan sebagai iklan menjerat mereka yang terdesak mahu menggunakan wang, pegawai polis tersebut mencabar Ahlong-Ahlong untuk berdepan dengannya jika benar berani.

“Along, masuk saya punya area, 10 orang mari, 10 saya bunuh!

“Lu tak puas hati, panggil lawyer jumpa sama saya. Jangan gantung (sticker pinjam duit) di area saya.

“Ahlong, Ahlong.. saya tak nak makan duit Ahlong tau! Saya tak mau DAP complaint, MCA complaint dekat saya.

“Ahlong, Ahlong, mari! Kalau berani jumpa saya. Kita bertarung, kita berlawan. You ada pistol, keluarkan! Saya tau Along ada pistol. Duit banyak, fikir tak ada duit? Along, faham?!”


Di akhir rakaman, pegawai polis yang kelihatan beremosi tersebut sempat menghamburkan sumpah seranah Ahlong seolah tidak puas, sekaligus membayangkan dia tidak main-main dengan amaran yang diberikan.

Walau bagaimanapun, daripada rakaman tersebut, kedengaran juga nama tempat yang disebut pegawai polis itu yang berbunyi "Menglembu" dan tidak dapat dipastikan sama ada pegawai polis ini sememangnya benar-benar ‘menjaga’ kawasan itu atau tidak.

Malah identiti pegawai polis berkenaan juga tidak didedahkan dan turut diketahui tentang tujuan rakaman dibuat, serta siapa pula yang merakam juga tidak dapat dipastikan.

Mungkin benar dia pegawai polis, atau video berkenaan hanya merupakan sebuah lagi sketsa troll terhadap pihak PDRM dan Ahlong.

Jika semua ini hanya lakonan semata-mata, tidak mustahil "pegawai polis" itu akan dicekup pihak PDRM atas kesalahan menyamar dengan seragam pihak berkuasa itu, kan? Wallahu'alam -Kedahnews.com