VIDEO WoW! Ini "Destiny's Child" Versi Malaysia?

Sebut sahaja nama Destiny’s Child, pasti seluruh pengikut dunia hiburan antarabangsa mengetahui tentang kumpulan vokal yang dianggotai oleh tiga gadis berkulit hitam.

Beyonce Knowles, Kelly Rowland dan Michelle Williams; tiga teraju utama yang mendendangkan lagu-lagu popular seperti Survivor, Independent Women, Bootylicious dan Say My Name.

Kini, kemunculan satu kumpulan vokal dari Malaysia yang menggelar diri mereka De Fam, mula menjadi sebutan ramai kerana aksi lincah mereka menari sambil menyanyi, saling tak tumpah seperti Destiny’s Child!

iZE3Z3s_

Dianggotai oleh tiga figura jelita iaitu Sophia, Azira dan Manggis, kelibat mereka mula mencuri tumpuan beberapa bulan lalu setelah muncul dengan satu video ‘remake’ lagu popular dendangan Iggy Azalea dan Rita Ora, Black Widow.

Nak tahu apa yang menariknya dengan video tersebut? Nah, tengoklah sendiri.


Tak hanya mempertaruhkan wajah yang jelita, mereka turut memiliki mutu suara yang baik, dan yang paling penting, mereka mampu menari!

Dalam perkembangan terbaru, De Fam muncul dengan single pertama mereka berjudul ‘Supergirls’. 

Baru sahaja dimuat naik di laman Youtube, rating video muzik tersebut sudahpun mencecah hampir 10,000 tontonan!


Video yang diterbitkan bawah label Tune Studios Sdn Bhd dan diterajui anak tiri Datuk Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid, sememangnya menampilkan kelainan kerana cuba membawa angin perubahan dalam penerbitan klip muzik terbaik.

Melalui ruangan komen di laman sama, ramai pengguna memuji kualiti yang dibawa ketiga-tiga ahli kumpulan tersebut, termasuk dari sudut komposisi lagu dan rakaman video.

Semua tahu, dalam kegersangan muzik tempatan untuk menghasilkan karya bermutu, De Fam berjaya menonjolkan sisi berbeza yang masih boleh diterima peminat tempatan.

Apa-apapun, diharapkan, kumpulan tersebut tidak hanya muncul seketika sahaja dan mampu bertahan serta mengukuhkan nama dalam industri nyanyian tempatan.

Pastinya, peminat amat merindui zaman kegemilangan kumpulan-kumpulan vokal wanita seperti Elite dan Feminin. Mungkinkah De Fam bakal menjadi pangganti?






Sumber: Mynewshub.cc