Vokalis Kahwin Dua, Belasah Isteri Pertama Sampai Gugur Kandungan?

Agak haru biru bila tersebar mengenai seorang isteri kepada vokalis sebuah kumpulan yang pernah popular beberapa tahun lalu telah teruk dipukul suaminya hingga mengakibatkan dia keguguran setelah dimadukan.

Si isteri tersebut dikatakan dipukul hanya kerana enggan merestui perkahwinan kedua suaminya itu.

Sebelum ini, kecoh sebentar industri seni tempatan apabila seorang penyanyi lelaki mengakui dia telahpun bernikah satu lagi, malah turut mendedahkan bahawa isteri pertamanya memberi keizinan.

Namun, selang sehari selepas itu, isterinya tampil menangkis kenyataan tersebut dan menafikan dirinya merestui perkahwinan kedua penyanyi tersebut.

Semalam, timbul pula cerita baru yang menceritakan tentang isteri pertama dikenali sebagai Baby itu dikatakan dipukul akibat penafian tersebut.

Menerusi beberapa screen captured perbualan dua rakan rapat isteri pertama, terdedahlah cerita penderitaan yang ditanggungnya di kalangan para peminat industri hiburan tanahair.

Penyanyi-Kahwin-Baru-Belasah-Isteri-Pertama-1-ROTIKAYA
Sumber dari Rotikaya
Menurut ceritanya, akibat pukulan vokalis itu khabarnya telah menyebabkan si isteri mengalami keguguran anak mereka yang kelapan?!

Andai dakwaan tersebut benar-benar berlaku, si penyanyi lelaki tersebut mungkin layak untuk dikategorikan sebagai dayus kerana memukul isteri yang sepatutnya dia lindungi.

Penyanyi-Kahwin-Baru-Belasah-Isteri-Pertama-2-ROTIKAYA
Sumber dari Rotikaya
Berdasarkan perbualan tersebut juga, si isteri dikatakan tidak mahu membuat laporan polis kerana bimbang bakal merosakkan reputasi mereka sekeluarga.

Kedua-dua rakan tersebut turut mengamuk dengan sikap anak pertama pasangan terbabit yang seakan-akan tidak mengendahkan ibunya dan memilih untuk menghabiskan masa bersama teman wanita.

Penyanyi-Kahwin-Baru-Belasah-Isteri-Pertama-3-ROTIKAYA
Sumber dari Rotikaya

Sekiranya benar gosip panas ini, kasihan betul dengan nasib yang menimpa si isteri, kan?

Sudahlah dimadukan walaupun tidak memberi keizinan, si suami yang sudah memiliki ‘pucuk muda’, sampai hati pula memukulnya sampai gugur anak kelapan... - Kedahnews.com