Wanita Jepun Sanggup Berbaris Panjang Di Restoran Demi "Abam-Abam Sado"!

4

ALOR SETAR - Sebuah restoran di Tokyo, Jepun mempunyai cara tersendiri untuk menarik minat para pelanggan di sekitar kota megapolitan itu supaya sering berkunjung ke premis perniagaan mereka.

"Senjata" dan strategi utama yang digunakan pemilik restoran Macho Cafe itu adalah dengan mengambil lelaki-lelaki yang berbadan sasa dan macho sahaja untuk bekerja sebagai pelayan di restoran terbabit.

Yang menariknya, pelanggan diberi peluang untuk berborak dengan pelayan mereka selama 15 minit dan diberi kesempatan untuk mengambil gambar bersama-sama "Abam-Abam Sado" di kedai tersebut.

1
2
3

Ternyata strategi yang dilakukan oleh pemilik premis itu berkesan apabila restorannya kerap dikunjungi pelanggan terutama daripada kalangan wanita Tokyo yang menjadi pelanggan tetap di situ.

Malah mereka sanggup berbaris panjang demi menjamu mata melihat pelayan-pelayan berbadan sado itu!- Kedahnews.com


6
5