Mungkin ramai di kalangan masyarakat di negara kita yang tahu tentang pandangan umum kaum Cina yang dikatakan takut pada angka 4 yang dikatakan membawa sial dan sebagainya.
Kalau boleh mereka nak elakkan daripada dikaitkan dengan nombor empat
atau disebut "si" yang mempunyai sebutan sama seperti perkataan "mati"
dalam bahasa Mandarin.
Mereka seboleh mungkin mengelak daripada menggunakan nombor 4 dalam
hidup mereka contohnya dalam penggunaan nombor plat kenderaan, alamat
rumah, lif dan ada ibu-ibu yang berharap mereka tidak melahirkan anak
pada tanggal empat haribulan.
Selain itu, ada lagi kepercayaan yang boleh kata mengarut tapi
mungkin disebabkan sudah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi
yang lain maka ianya menjadi pantang larang bagi sesetengah mereka untuk
diikuti.
Antaranya, penduduk di Itali mempunyai pantang larang iaitu mereka
tidak dibenarkan berenang selepas makan.
Ini kerana mereka percaya
seseorang itu akan menemui ajal sekiranya terus berenang dan berendam
dalam air beberapa jam selepas perut penuh.
Malah disebabkan kepercayaan itu, penduduk Itali juga takut untuk mandi sejurus selepas menjamah makanan.
Negara Korea lain pula amalan mereka iaitu mereka tidak boleh tidur dengan kipas terbuka.
Dalam erti kata lain, tidur dengan kipas terbuka boleh membuatkan mereka mati dimakan oleh ‘hantu kipas’.
Namun yang sebenarnya, cerita itu ditimbulkan oleh pihak kerajaan
dalam usaha untuk menggesa penduduknya agara sentiasa berjimat cermat
dalam penggunaan tenaga elektrik.
Penduduk di Romania pula percaya jika melayan dan mendera binatang,
anak mereka akan dilahirkan dalam keadaan tubuh badan yang penuh berbulu
dan menyerupai binatang yang didera oleh mereka.
Sementara di London, mereka mengelak daripada makan daun salad kerana
percaya makanan itu boleh menyebabkan mereka menjadi mandul.
Untuk beberapa perkara yang lebuh karut lagi, sila tonton video di bawah: -Kedahnews.com