SUNGAI PETANI - Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditangkap dalam Ops Mahir yang dijalankan di Kawasan Perusahaan Sungai Petani bermula jam 4.25 petang kelmarin.
Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, pemeriksaan dilakukan ke atas 61 warga asing pelbagai negara dan 17 warga tempatan di tiga lokasi serbuan.
Menurutnya, kebanyakan mereka sedang bekerja di kawasan industri berkenaan sebelum diserbu sepasukan 20 pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Alor Setar.
“Operasi turut dibantu enam pegawai dari cawangan Sungai Petani diketuai Penolong Pengarah Imigresen Nar Azaman Ibrahim.
“Bertindak atas maklumat, seramai 78 individu diperiksa terdiri warga asing dan tempatan,” katanya.
Beliau berkata, selepas pemeriksaan dilakukan, seramai 13 lelaki warga Pakistan, empat lelaki warga India, lima lelaki warga Myammar dan dua lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 21 hingga 52 tahun ditahan.
Jelasnya, turut ditahan, tiga lelaki warga tempatan yang mengaku sebagai majikan di tiga premis terbabit.
"Siasatan awal mendapati, seorang warga Bangladesh ditangkap atas kesalahan menetap lebih masa dan disiasat bawah Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) manakala selebihnya disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) akta yang sama.
"Sementara itu, tiga warga tempatan yang mengaku majikan mereka turut ditahan mengikut Seksyen 56 (1)(d) Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Sumber: Sinar Harian