Sebelum ini, pernah juga kita terdengar cerita yang mengatakan aktor kacak, Zul
Ariffin dikatakan semakin sombong dan "kekwat" gara-gara enggan melayani permintaan
peminat untuk bergambar dengan dirinya.
Menurut Zul, dia bukan tidak boleh bergambar dengan peminatnya,
tetapi biarlah permintaan untuk bergambar itu mengikut keadaan yang
bersesuaian dengan dirinya.
Apa tidaknya apabila Zul mengaku pada suatu ketika sewaktu dia nak ke tandas pun peminat sempat mengajaknya selfie!
“Saya sedar ada segelintir peminat yang jenis tak sabar-sabar. Kalau
sabar, tunggu saya bersedia dulu apa masalahnya, sekejap saja pun.
“Nak berselfie pun kenalah tempat dan masanya juga. Ada yang minta
nak berselfie semasa saya sedang membuang air kecil? Nak selfie apa
dalam tandas? Itu nak selfie atau nak rakam gambar apa?” katanya,
memetik laporan Sinar Harian.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai insidennya memarahi
peminat gara-gara mahu bergambar di lapangan terbang baru-baru ini, Zul
menyatakan, “Saya tak marah dia (peminat), saya cuma bercakap dalam nada
tegas kerana ketika itu adalah waktu saya bersama dengan keluarga.
“Saya faham dia mahu bergambar dengan saya, jadi saya cuma memintanya untuk bersabar sebentar.
“Tambahan pula ketika itu, saya mahu menyimpan beg kepunyaan ibu sebelum kembali bergambar dengan peminat terbabit,” ulasnya.
Mungkin benar dakwaan yang mengatakan bahawa agak susah juga menjadi selebriti popular, di mana ada saja peminat yang "pulun" mahu bergambar bersama.
Dalam hal ini peminat pula perlulah memahami tentang kehidupan artis itu dan sekiranya masa dia tengah meluangkan masa bersama keluarga, faham-faham
sendirilah, kan?
Mungkin dalam suatu keadaan, dia pun perlukan privasi, kan?
Tapi bagai kata peminat, kalau dah jadi public figure, maka secara tidak langsung memang itulah harga yang perlu dibayar oleh golongan popular ini. -Kedahnews.com