ALOR SETAR - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan semalam telah memuat naik
resepi dan ‘petua’ bagi rakyat mahu mengelak dari membayar Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) di laman sosial Twitternya.
Ahmad Maslan yang giat memperjuang dan menerangkan kepentingan GST sebelum ini memuat naik dua keping gambar
yang memperlihatkan cara memasak nasi goreng sambil menulis kepsyen
berserta resepinya itu.
“Resepi saya dan digoreng sendiri: Sayur, telur, cili, nasi, garam,
daging, bawang, ayam, minyak dan gas masak. Tiada GST!,” tulisnya.
Status yang telah dimuat naik pada pagi semalam itu menunjukkan
kesungguhan Ahmad Maslan menerangkan kepada rakyat yang sebelum ini seolah menganggap GST itu akan menyebabkan mereka "mati kelaparan" gara-gara "tidak mampu" membayar cukai tersebut.
Bagaimana pun, ilmu yang ingin disampaikan Ahmad dianggap lawak dan diperlekeh segelintir pengguna Twitter lain yang memandang sinis "resepi GST" tersebut.
Tweet tersebut telah mendapat 1346 perkongsian dan mendapat ratusan favourites di Twitter.
Meskipun Ahmad teruk dijadikan mangsa "troll" oleh warga netizen, namun beliau tetap konsisten dan cekal menghadapinya selagi tidak ditahap melampaui batas sehingga menjadikan beliau sebagai antara "ikon" paling popular di laman-laman sosial. - Kedahnews.com