KUALA LUMPUR – AirAsia akan menyambung semula penerbangan terus dari
Kuala Lumpur ke Dhaka, Bangladesh, meneroka pasaran luas negara yang
mempunyai lebih 18 juta penduduk itu, mulai 10 Julai.
Sempena penyambungan perkhidmatan itu, AirAsia menawarkan tambang
promosi daripada RM399 sehala dengan peruntukan masuk bagasi percuma
sehingga 30kg, dengan tempahan dibuka dari sekarang hingga 28 Jun bagi
tempoh perjalanan dari 10 Julai 2015 hingga 31 Mei, 2016, katanya dalam
satu kenyataan hari ini.
Tambang promosi ini boleh ditempah secara dalam talian di airasia.com
serta aplikasi mudah alih AirAsia pada iPhone dan peranti Android,
selain menerusi laman web mudah alih mobile.airasia.com. – BERNAMA