Aksi Lesbian Terlampau Punca Singapura Haramkan Lagu Jolin Tsai

We’re All Different, Yet The Same
Singapura – Kerajaan Singapura dilaporkan telah mengharamkan muzik video penyanyi pop Taiwan, Jolin Tsai kerana memaparkan perkahwinan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di dalam klip berkenaan.

Menerusi muzik video lagu berjudul "We’re All Different, Yet The Same", ia juga menunjukkan aksi Tsai yang juga ikon lesbian, telah bercium dengan aktres Ruby Lin.

Lagu itu berkisarkan kejadian sebenar yang berlaku terhadap pasangan lesbian yang telah hidup bersama selama 30 tahun.

Namun apabila salah seorang daripada mereka dimasukkan ke hospital dan memerlukan pembedahan segera, pasangannya tidak dapat memberikan kebenaran untuk pembedahan berkenaan kerana mereka tidak mempunyai ikatan yang sah.

Arahan larangan itu turut dilaporkan melibatkan semua stesen TV dan radio di Singapura. -Kedahnews.com