Gambar kredit: Malaysiakini |
ALOR SETAR - PAS Johor menerima tamparan hebat baru-baru ini apabila seorang bekas pemimpin Dewan Pemuda PAS dan aktivis parti, Sheikh Omar Ali, bertindak keluar parti, sebaliknya menyertai parti sekular, DAP, pada Ramadhan ini.
Memetik Malaysiakini, Sheikh Omar dilaporkan telah menyerahkan borang keahliannya kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu majlis berbuka puasa di Kluang Johor, yang turut disertai oleh Datuk A Samad Said.
Sheikh Omatr sebelum ini pernah mencabar AJK PAS Pusat dalam satu mesyuarat Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) untuk menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari jawatan Presiden PAS, sebelum Muktamar PAS ke-61 berlangsung, pada bulan lepas.
Dalam kenyataannya, dia percaya dengan menyertai DAP maka terdapat ruang yang luas baginya untuk memainkan peranan buat parti itu terutamanya sebagai seorang anak muda yang menjadi agen perubahan.
"Saya juga punya keyakinan menerusi wadah DAP ini akan dapat menjadi platform untuk saya memainkan peranan lebih aktif dalam usaha ke arah membentuk Malaysia yang lebih demokratik, adil dan sejahtera," katanya lagi.
Sebelum ini, A Samad Said memberikan satu penghinaan pada PAS apabila beliau secara simboliknya sengaja menyertai PAS di negeri yang menjadi kubu kuat parti itu di Kelantan dan tidak memilih PAS sebagai wadah perjuangannya.
PAS kini berdepan krisis yang menyaksikan ramai pemimpin pro-Pakatan Rakyat yang dikatakan berura-ura menubuhkan parti baru gara-gara kecewa disingkirkan para perwakilan PAS dari barisan pucuk pimpinannya bagi penggal 2015/2017. -Kedahnews.com