Pelakon terkenal Indonesia, Lukman Sardi secara selamba mengaku dirinya sudah
keluar dari Islam setelah mengambil keputusan untuk menganuti agama
Kristian sekaligus murtad dari agama ajaran Rasulullah SAW itu.
Pengumuman berkenaan dibuat sendiri oleh Lukman semasa upacara ulang tahun di Gereja Bethel Indonesia (GBI) Ecclesia, dan telah dirakam serta ditayang di laman Youtube sejak hujung bulan lalu.
“Saya memilih untuk percaya sekitar enam tahun yang lalu," Lukman yang juga merupakan anak kepada lagenda biola terkemuka Indonesia iaitu Allahyarham Idris Sardi.
Lukman menyifatkan "perpindahannya" tidak dipengaruhi mana-mana pihak
termasuk isterinya, Pricillia Pullunggono yang juga seorang Kristian.
Keinginan Lukman untuk menukar agama telah dimaklumkan kepada bapanya semasa dia masih hidup, dan nyata ia mengecewakan arwah yang difahamkan sangat kuat pegangan agama Islamnya.
“Ayah adalah orang yang paling kecewa kerana dia adalah
seorang yang alim. Pesannya kepada saya supaya bertanggungjawab dengan
pilihan sendiri,” katanya seolah bangga "mengecewakan" arwah bapanya.
Ramai pengguna memberi reaksi bercampur terhadap keputusan Lukman,
ada yang menyokongnya dan sebahagian lagi memohon supaya dia kembali diberi
hidayah oleh Allah SWT untuk pulang ke Islam.
Lukman merupakan aktor yang terkenal di negara seberang kerana
terlibat dengan filem-filem terkenal seperti Laskar Pelangi, Soekarno:
Indonesia Merdeka, Berbagi Suami, Sang Pemimpi dan Negeri Tanpa Telinga. -Kedahnews.com