Aktres Bollywood Maut Akibat Kegagalan "Liposuction"

Aarthi Agarwal
ALOR SETAR - Pelakon jelita Bollywood, Aarthi Agarwal dilaporkan meninggal dunia selepas pembedahan membuang lemak atau liposuction yang dijalaninya mengalami kegagalan, baru-baru ini.

Punca kematian aktres kelahiran New Jersey, Amerika Syarikat, itu dikaitkan dengan masalah pernafasan yang dialaminya selepas sebulan menjalani pembedahan kosmetik terbabit di sebuah hospital di negara kelahirannya tersebut.

Sebelum ini, pelakon malang berusia 31 tahun itu membuat beberapa kemunculan dalam bidang perfileman Bollywood, termasuk menerusi filem terkenalnya, Nuvvu Naaku Nachav, yang ditayangkan pada sekitar tahun 2001.

Walaupun dilahirkan di Amerika Syarikat, namun Agarwal difahamkan terlebih dahulu mencipta nama di India dan namanya lebih dikenali di kalangan penggemar filem Tamil di sana. -Kedahnews.com