KUALA LUMPUR – Angin kencang barat daya dan laut bergelora dijangka berterusan di perairan, Phuket hingga 23 Jun.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan di sini
hari ini berkata keadaan sama dijangka berlaku di perairan Condore, Reef
North dan Palawan.
Angin kencang barat daya dengan kelajuan angin antara 40 dan 50
kilometer sejam (kmsj) serta ketinggian ombak sehingga 3.5 meter di
kawasan ini, berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut,
menurut kenyataan berkenaan.
METMalaysia turut memberi amaran ribut petir di perairan Malaysia
melibatkan perairan Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan
Sabah (Sandakan dan Tawau), dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut
bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. –
BERNAMA