Amelina Dikutuk Sebab Pakai Seksi Di Bulan Ramadhan

PENYANYI dangdut yang membuat kemunculan semula selepas hampir 15 tahun menghilang dari industri seni tempatan, Amelina dikritik netizen gara-gara berpakaian seksi di bulan Ramadan.

Rata-rata memberikan komen pakaian yang digayakan pelantun lagu Asyik itu agak ketat dan tidak manis dengan statusnya sebagai ibu kepada lima orang cahaya mata selain tidak menghormati bulan mulia ini.

Antara komen yang dititipkan adalah “tak ada gunanya kalau masih jaja aurat merata dunia buat tatapan ramai” dan “macam ni rupanya pakaian di bulan puasa. Tak ada apalah yang akan dapat. Baik tak payah puasa.”

amelina

Siapalah kita untuk mengkritik orang kalau pun dia berpakaian agak menjolok mata namun bahasa-bahasa yang dituturkan pengomen ini pun perlu juga ditapis agar berhikmah dan tidak menimbulkan dosa.

Gaya komen kadang-kadang macam orang tidak puasa, kan?

Mungkin Amelina khilaf di situ apabila menggayakan pakaian yang kurang sesuai namun bukan lebih molek kalau bagi nasihat elok-elok..

Nak bagi nasihat kat orang kena ada adab juga, jangan main "sembur" saja, kan? -Kedahnews.com