KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengambil kesempatan
untuk menimbulkan satu lagi spekulasi liar ke atas 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) berikutan kenaikan harga petrol dan diesel.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, kenaikan harga petrol RON95
kepada RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter) dan diesel (RM2.05
seliter) pada bulan ini kononya untuk menampung beban hutang syarikat
tersebut.
"Malaysia sepatutnya memulangkan hasil bumi (minyak) kepada rakyat
pada harga yang berpatutan.
"Namun, kerajaan terus boros berbelanja dan
menekan rakyat, untuk menampung beban hutang termasuk 1MDB akibat tadbir
urus kerajaan yang lemah,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari
ini.
Nik Nazmi dalam pada itu mendakwa, kenaikan harga petrol dan diese
bagi bulan Jun merupakan tamparan hebat ke atas rakyat Malaysia yang
berterusan menanggung beban kenaikan harga barang.
Dakwa beliau, kenaikan harga petrol dan diesel tersebut akan memberi
kesan kepada golongan berpendapatan rendah dan golongan muda.
“Tahap gaji yang rendah, tanggungan hutang PTPTN dan kos kehidupan semakin meningkat memang cukup membebankan,” dakwanya.