Anak Lelaki Hartawan Selamat Walau Ferrari Berkecai Langgar Tiang Di Kuching


KUCHING – Seorang anak lelaki ahli perniagaan hartanah terselamat apabila kereta Ferrari miliknya melanggar tiang lampu jalan di Jalan Tabuan Court di sini hari ini.

Bagaimanapun jurucakap bomba dan penyelamat berkata keretanya rosak teruk.

Beliau berkata kemalangan kira-kira pukul 11 pagi itu menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila orang ramai keluar untuk melihat kemalangan tersebut.

Gambar kemalangan turut menjadi viral di laman sosial. – BERNAMA