Anggota Bomba Terharu Bertemu Bayi Pernah Diselamat 17 Tahun Lalu

SAAT yang mensyahdukan apabila seorang anggota bomba yang sudah bersara hadir pada majlis graduasi seorang mangsa kebakaran yang pernah diselamatkannya 17 tahun lalu.

Mike Hughes, 61, yang pernah berkhidmat  Jabatan Bomba dan Penyelamat di Washington, Amerika Syarikat menyelamatkan Dawnielle Davison yang kini sudah berusia 18 tahun ketika rumah gadis itu terbakar ketika dia baharu sahaja berusia sembilan bulan.

Menceritakan detik cemas itu, Hughes berkata dia terus masuk ke bilik kanak-kanak itu untuk menyelamatkannya walaupun api merebak dengan sangat marak pada ketika itu.

Mereka dipertemukan semula menerusi laman sosial Facebook dan Dawnielle berasa terharu dengan kedatangan wira yang telah menyelamatkan nyawanya 17 tahun lalu.

“Saya tak tahu macam mana nak jelaskannya. Ianya merupakan satu tangisan kegembiraan, kalau tiada Hughes, saya tak tahu macam mana dengan nasib saya,” kata Dawnielle.

Sementara Hughes menyatakan menyelamatkan nyawa dan harta benda merupakan salah satu skop kerjanya dan dia sedaya upaya cuba melaksanakannya sebaik mungkin. -Kedahnews.com