Anwar Bebas Keluar Masuk Penjara, Hadir Mesyuarat Di Wisma Maran?


Belum pun genap setahun dalam penjara menjalani hukuman jenayah yang dilakukan, namun agak pelik apabila seorang banduan terkenal berprofil tinggi ini mempunyai "lesen istimewa" untuk keluar masuk Penjara Sungai Buloh sesuka hati.

Lebih pelik apabila isterinya, seorang ahli politik, wakil rakyat dan Ketua Pembangkang di parlimen dengan bangganya mempamerkan gambar-gambar suaminya, seorang banduan liwat, bebas keluar masuk penjara.

Perkara itu mula didedahkan beberapa laman blog tempatan yang menyiarkan gambar-gambar ‘eksklusif’ dan sudah disiarkan untuk tatapan umum menerusi laman sosial Facebook rasmi Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Memetik laman blog Cucu Tok Selampit, ironi apakah keperluan seorang banduan liwat pada Khamis boleh pula ada kepentingan untuk hadir dan memasuki bangunan Wisma Maran di pusat bandar raya Kuala Lumpur?

Adakah memang ada mahkamah di dalamnya atau hospital? Ketua Pengarah Penjara dan Menteri Dalam Negeri kena menjawab persoalan ini. Kenapakah keistimewaan ini hanya diberikan kepada Anwar Ibrahim seorang?

Sebuah lagi laman blog, The Unspinners pula mendedahkan, “Menurut saksi, beliau nampak pegawai penjara boleh pula mengarahkan pihak polis yang mengiring kawalan keselamatan untuk tidak pula mengikuti Anwar.
 

“Anwar dilihat telah dinaikkan melalui lif khas bomba ke tingkat lapan yang mana ada ada sebuah pejabat firma guaman. Pegawai penjara turut mengawasi supaya tidak ada gambar Anwar diambil pihak luar.

“Dua puluh minit kemudian, anak Anwar iaitu ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah tiba di Wisma Maran bersama ibunya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh merangkap ADUN Kajang serta Presiden PKR," tulisnya.

Saksi memberitahu dia difahamkan satu perbincangan dipercayai diadakan di tingkat 8 dan selesai pada pukul 10.55 pagi. Kemudian pada 11 pagi, Anwar bertemu ahli keluarga di tempat perbincangan tingkat sama itu.


Beliau pulang ke penjara Sungsi Buloh pada 12.15 tengah hari. Suatu perkara yang pelik untuk Anwar bebas keluar dari penjara dan hadiri perbincangan kerana kelaziman peguam hanya boleh bertemu anak guam di penjara.

Timbul persoalan, adakah keistimewaan ini memang diberi Ketua Pengarah Penjara dan Menteri Dalam Negeri seolah-olah undang-undang boleh diubah atau ada unsur tersirat lain sempena kedatangan 1 Ramadan semalam?

Hebat banduan liwat bernama Anwar boleh keluar masuk penjara sesuka hati. Hebat juga isteri banduan ini dengan bangganya menghebahkan perkara ini menerusi laman sosial pula. – Agensi