Oh! La La |
Mungkin para peminat animasi di negara kita rata-ratanya sudah terlalu lama ‘berkiblatkan’ Jepun dan Amerika Syarikat (AS).
Siri-siri animasi seperti Dragon
Ball, Pokemon, Samurai X, mahupun kartun Mickey Mouse adalah sebagai
peneman kanak-kanak ketika berada di rumah, kerana siri-siri animasi tersebut adalah
sangat mengujakan.
Sehingga ke hari ini, industri animasi negara nampaknya semakin
berkembang pesat seperti siri animasi Boboiboy dan Upin dan Ipin yang
mendapat sambutan menggalakkan dari penonton tempatan serta luar negara.
Upin dan Ipin juga mendapat ruang slot tayangan di saluran Disney di mana ia adalah suatu yang dikira cukup berprestij.
Jelas sekali sambutan terhadap animasi tempatan adalah amat baik sekali.
Walau bagaimanapun, malang sekali tidak semua animasi tempatan akan menerima sambutan menggalakkan dan berjaya seperti Upin dan Ipin.
Misalnya, filem "Oh! La La" yang merupakan filem animasi muzikal pertama Malaysia di
mana baru sahaja menamatkan tayangan di pawagam dan Kedahnews.com difahamkan bahawa sambutannya amat mengecewakan.
Filem ini dikatakan mengambil masa selama tiga tahun untuk dihasilkan sebelum ke pawagam dan dilapor telah menelan
belanja RM 4 juta, tetapi hanya berjaya mengumpul RM 37 000 selepas 12
hari tayangan.
Jumlah ini adalah amat mengejutkan bagi sebuah filem yang ditayangkan
di 47 buah pawagam seluruh negara. Secara purata hanya 6 orang menonton
filem ini setiap hari di setiap pawagam.
Di manakah silapnya sehingga jumlah kutipan sebuah filem yang
mendapat dana dan sokongan dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia ini gagal teruk di pawagam.
Secara jujurnya, kami hanya mengetahui kewujudan filem animasi selepas
mendengar berita mengenai kerugian yang dikira amat tidak masuk
akal. Bagaimana pula dengan para pembaca? -Kedahnews.com