Theresa Purcell |
SAN DIEGO – Akibat dipaksa merangkak untuk menaiki pesawat, seorang
artis hip hop yang berkerusi roda tekah menyaman American Airlines
sebanyak RM430,000 bagi mengajar syarikat penerbangan itu supaya
menghormati pelanggan mereka terutama golongan kurang upaya.
Theresa Purcell ketika itu dalam perjalanan ke pintu masuk peawat
dari San Diego apabila kakitangan di situ memberitahu ia terlalu lambat
untuk membolehkan mereka menyediakan laluan untuk kerusi roda.
Sebaliknya Purcell diminta turun dari kerusi rodanya dan merangkak ke tempat duduknya.
Meskipun syarikat penerbangan itu sudah meminta maaf atas kejadian tersebut, namun Purcell tetap tidak berpuas hati kerana dimalukan sedemikian rupa.
“Saya ingin memastikan kejadian sama tidak berulang lagi, Saya
dimalukan di hadapan kira-kira 50 penumpang yang lain yang menyaksikan
bagaimana saya merangkak untuk ke tempat duduk,” katanya.
Difahamkan bahawa Purcell kerap menggunakan kapal terbang namun kejadian itu merupakan kali pertama
dia menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan American Airlines.-Kedahnews.com