KUALA KEDAH - Bangunan terbiar di Kuala Kedah, di sini, sebenarnya boleh
dijadikan aset bagi menarik pengunjung meneroka destinasi indah di
daerah ini.
Penyelaras Dun Kubang Rotan, Datuk Abdul Mutalib Harun berkata, bangunan dahulunya dikenali sebagai Restoran Bahtera Nelayan di Kampung Keluncur di sini, sememangnya memiliki beberapa produk tempatan berpotensi untuk dikomersialkan.
Menurutnya, restoran terkenal dengan keenakan makanan laut itu terbiar tanpa berpenghuni hampir dua tahun apabila ia ditutup sekitar 2013.
“Jika dimanfaatkan sebaiknya, Restoran Bahtera Nelayan sebagai contohnya berpotensi menjadi destinasi untuk menikmati makanan laut serupa seperti Kuala Perlis.
“Lagipun, kita memiliki sumber laut sendiri. Maka, penduduk tidak perlu bersusah payah ke sana, sebaliknya makan makanan laut di Kuala Kedah sahaja,” katanya.
Apatah lagi, katanya, premis itu memiliki kemudahan dan panorama memukau dengan alam semula jadi yang pastinya memikat pelanggan.
Katanya, restoran berkenaan berpotensi menjadi lokasi wajib dilawati suatu hari nanti, jikalau restoran dibuka semula dengan perkhidmatan menyelusuri sungai dilaksanakan.
Dalam pada itu, ada bangunan lain dalam keadaan serupa berdekatan Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kampung Keluncur, dekat sini, dahulunya dibina untuk industri hiliran.
“Sayangnya, bangunan dibina untuk pemprosesan makanan hasil perikanan berkenaan didakwa terbiar selepas ia siap sejak lebih enam tahun lalu,” katanya.
Oleh demikian, katanya, dia mencadangkan supaya bangunan itu dibangunkan menjadi pusat latihan bot fiber dan membaiki enjin untuk anak nelayan.
Katanya, kewujudan pusat latihan bot fiber dan membaiki enjin bukan hanya mampu meningkatkan kemahiran anak nelayan, malah mampu memajukan lagi lokasi itu.

Sumber: Sinar Harian