Rasanya majoriti para peminat industri hiburan tanahair tahu tentang krisis rumah tangga dan pelbagai kontroversi yang menimpa hubungan antara vokalis kumpulan Wings, Awie dan isterinya Rozana Misbun.
Ia bermula setelah Awie didakwa memukul isterinya itu akibat
perselisihan faham sehingga kes tersebut di bawa ke siasatan polis dan
prosiding mahkamah.
Satu persatu tuduhan dibuat Awie dan Rozana terhadap satu sama lain, baik ketika perbicaraan mahupun melalui saluran media.
Disogok dengan soalan tentang keengganannya menceraikan Rozana sehingga kini, Awie memiliki sebab kenapa dia berbuat demikian.
Memetik kenyataannya dalam portal Murai, Awie berkata, dia
tidak akan melepaskan Rozana selagi wanita itu tidak memulangkan wang
dan harta yang ‘dicuri’ daripada anak-anaknya.
“Saya boleh lepaskan dia, mudah sahaja. Dia harus pulangkan
dulu harta dan duit milik anak-anak saya. Jangan bawa lari duit
tersebut.
“Dia berjanji mahu pulangkan duit tersebut. Saya enggan lepaskan dia selagi dia tidak berbuat perkara yang saya minta itu,” tegas Awie.
Sementara itu, Awie turut menceritakan tentang penemuan barang khurafat yang dikatakan sebagai milik Rozana yang terdapat di dalam bantal tidurnya, baru-baru ini.
“Patutlah saya sering kali sakit jika berada di rumah. Rupanya masih ada lagi barang khurafat yang bersisa di rumah itu.
“Saya memang tidak akan memaafkan dia kerana menggunakan
perkara syirik terhadap saya dan membuatkan tempiasnya terkena orang
lain,” kata Awie yang dipetik dari portal berkenaan.
Oleh itu, Awie bercadang untuk berpindah dari rumahnya yang terletak
di Ukay Bestari, Ampang dan sedang dalam proses berbuat demikian.
Sebelum ini, tonggak utama filem Sembilu itu turut
mendedahkan pelbagai barang karut dan tahyul telah dijumpainya di serata
rumah termasuk darah, rambut, tulang, patung kemaluan lelaki yang
diperbuat daripada emas serta patung logam Buddha. -Kedahnews.com