ALOR SETAR - Sejenis baka ayam unik yang dikenali sebagai ayam "Dong Tao" kini dilapor telah menjadi santapan eksklusif di kebanyakan restoran-restoran mewah di Vietnam.
Difahamkan bahawa ayam jenis ini di zaman dahulu kala hanya menjadi hidangan eksklusif bagi kerabat diraja dan upacara keagamaan di negara itu sahaja.
Berat ayam Dong Tao dikatakan boleh mencecah dari tiga hingga enam kilogram setiap ekor dengan keistimewaan bahagian kakinya yang selebar pergelangan tangan manusia.
Menurut kebanyakan penggemarnya, rasa ayam ini lebih sedap isinya berbanding dengan
ayam baka biasa.
Oleh kerana permintaan yang tinggi terhadap ayam jenis tersebut, maka harga ayam itu turut difahamkan
lebih mahal di pasaran. -Kedahnews.com