Bade Perjelas, Tidak Tahu Erma Fatima Fail Permohonan Cerai

Badaruddin Azme
Ketidakhadiran pengarah filem tersohor, Badaruddin Azme di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, semalam akhirnya terjawab apabila dia mendakwa tidak mengetahui sebutan kes permohonan cerai yang dibuat isterinya, Erma Fatima.

Jelas Badaruddin Azmi atau lebih dikenali sebagai Bade Azmi, 51, dia tidak pernah mendapat mana-mana panggilan telefon daripada peguam berkenaan perkara itu.

“Saya tak pernah dapat call dari mana-mana peguam (mengenai) hal ini,” katanya kepada mStar Online menerusi mesej WhatsApp.

Berikutan itu, sebutan pertama kes permohonan cerai yang difailkan oleh Erma Fatima terpaksa ditangguh kerana Bade gagal menghadiri prosiding tersebut.

Oleh itu, hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin membenarkan Erma mengemukakan notis amaran kerana ketidakhadiran suaminya itu.

erma

Dalam pada itu, Bade enggan memberi sebarang komen mengenai permohonan cerai dibuat Erma.

Kes berkenaan akan disebut semula 10 Ogos depan.