DADAH yang ditemui di dalam dubur tahanan terbabit |
Taiping - Tindakan seorang tahanan menyembunyikan satu ketulan berbalut plastik hitam disyaki dadah jenis heroin di dalam duburnya untuk diseludup masuk ke dalam Penjara Taiping, di sini, gagal selepas perbuatan itu berjaya dikesan wadar yang mengarahkan lelaki itu membuang air besar untuk pemeriksaan, kelmarin.
Pemeriksaan dilakukan wadar jam 11.15 pagi ke atas banduan berusia 41 tahun itu selepas tahanan berkenaan yang baru pulang dari menjalani perbicaraan di Mahkamah Majistret Ipoh, dilihat mencurigakan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Superintendan Ismail Che Isa berkata, wadar yang mengarahkan suspek membuang najisnya kemudian melakukan pemeriksaan sebelum menemui dadah jenis heroin dianggarkan seberat 82 gram itu.
Beliau berkata, suspek yang dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh untuk perbicaraan kes membabitkan Seksyen 39 A(1), Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 itu dipercayai menyeludup masuk dadah itu selepas memperolehnya dari seorang tahanan di Lokap Sentral Ipoh.
Menurutnya, suspek dibawa ke mahkamah pada Khamis lalu dan kembali semula ke Penjara Taiping kelmarin sebelum pemeriksaan dilakukan wadar dengan mengarahkan suspek membuang air besar.
“Hasil siasatan awal, suspek dipercayai mengambil dadah berkenaan daripada seorang tahanan jam 2 pagi hari yang sama sebelum menyembunyikannya di dalam dubur bagi mengelak daripada dikesan,” katanya. -myMetro