Bayar RM392 Untuk Parking Selama 4 Hari..!

Opss..!
Mungkin ada yang menganggap kadar bayaran tempat letak kereta yang dikenakan ini tidak masuk akal, akan tetapi itulah realiti di ibu kota serta beberapa lokasi di sekitarnya seperti KLIA dan sebagainya.

Mungkin juga ada di kalangan kita yang pernah menjadi mangsa dan mungkin juga ada yang masih belum melalui pengalaman "yang tidak dapat dilupakan" itu.

Namun kebetulan ada di kalangan kita yang menjadi "mangsa" dan sempat berkongsikan pengalaman "berharganya dengan kita.

Seorang pengguna Facebook, Khairol Anuar jelas terkejut apabila dia dikenakan kadar bayaran sebanyak RM392 selepas empat hari meletakkan kenderaannya di Stesen Sentral Kuala Lumpur baru-baru ini.

Khairol yang berkongsi resit bayaran itu dengan warga netizen menjadikan insiden tersebut sebagai “iktibar” buat pemandu lain agar pisang tidak berbuah dua kali.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai pengguna Facebook lain yang turut terkejut dengan kadar yang dikenakan.

“Tidak masuk akal. Sila buat laporan kepada persatuan pengguna,” kata seorang pengguna Facebook, Hasmil Faizal.

Difahamkan bahawa Stesen Sentral sememangnya hanya mengenakan kadar mengikut jam dan tiada kadar harian menyebabkan kadar bayaran yang dikenakan kepada Khairol kedengaran agak melampau.

Kesimpulan, kita sebagai pengguna haruslah peka meskipun terhadap perkara-perkara kecil seperti kadar tempat letak kereta yang dikenakan.

Cuma, Kedahnews.com menyarankan supaya pihak pengurusan bangunan seperti KL Sentral, KLIA, KLIA2, LCCT dan banyak lagi premis seumpamnya supaya turut menyediakan kadar bayaran mengikut hari.

Bukan apa, ramai pengguna kadang kala terpaksa meletak kenderaan mereka di premis seperti itu khususnya bagi mereka yang menggunakan khidmat kapal terbang, kereta api dan pengangkutan awam lain buat seketika atau beberapa hari.

Sekembalinya mereka di stesen atau lapangan terbang berkenaan, maka ia memudahkan mereka untuk pulang sendiri dengan kenderaan yang diletakkan di premis tersebut.

Lagipun, dalam pengalaman kami sebagai contoh di KLIA mempunyai tempat meletak kenderaan yang sangat luas dan bertingkat-tingkat, namun selalunya "kosong" kerana pengguna menyedari betapa mahalnya meninggalkan kenderaan mereka walaupun untuk sehari semalam, kan?

"Win-win situation", harap pihak pengurusan terbabit dapat mempertimbang cadangan kami. -Kedahnews.com