Salmiah menunjukkan beberapa besen digunakan untuk menadah air. |
MAHANG - Kira-kira 80 penduduk Taman Bunga Tanjung, dekat sini menggesa
pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera terhadap masalah
keadaan bekalan air di kawasan mereka yang kerap terputus sebelum
menjelang lebaran ini.
Penduduk, Osman Md Daud, 59, berkata, masalah bekalan air itu sudah dihadapi penduduk sejak 10 tahun lalu, namun pada awal tahun ini air semakin kerap terputus.
Menurutnya, masalah yang berlaku itu mengganggu kerja harian penduduk.
"Air sekejap ada, sekejap tak ada. Kalau ada 30 minit, lepas itu beberapa jam kemudian baru ada balik.
"Masalah sering berlaku di siang hari dan ia benar-benar mengganggu tugas harian penduduk terutama untuk mencuci baju dan membasuh pinggan mangkuk," katanya.
Osman berkata, aduan kerap diajukan kepada pihak terlibat, namun keadaan masih sama walaupun pemeriksaan sudah dilakukan.
Manakala peniaga, Salmiah Karim, 51, berkata, masalah bekalan air yang kerap terputus sejak awal tahun ini benar-benar merunsingkannya terutama ketika hendak menyediakan juadah untuk dijual di bazar Ramadan.
"Saya pernah tadah air dalam besen tapi nak penuh satu takungan pun makan masa berjam-jam.
"Waktu malam saja air ada. Orang lain tidur, saya pula masih berjaga sebab nak tadah air," katanya.
Pengasuh kanak-kanak, Hasnah Rejab, 59, berkata, bekalan air yang sering terputus menyukarkannya untuk menguruskan kanak-kanak yang dijaganya.
Menurutnya, sekiranya notis bekalan air diberitahu lebih awal, mungkin masalah ini tidak begitu membebankan.
“Saya jaga anak orang, semua kecil-kecil lagi memang perlu banyak air untuk mencuci dan lain-lain.
"Suami pula mengalami strok dan tak boleh nak angkut air kalau bekalan air terputus," katanya.
Sementara, Azima Mat Yassin, 49, berkata, setiap kali menjelang hari raya, bekalan air memang akan terputus.
“Selalu kalau raya saja mesti tak ada air setiap tahun. Tapi kali ini lebih teruk, sekejap ada sekejap tak ada pula. Nak takung air pun ambil masa berjam-jam.

“Saya harap pihak terlibat dapat mengambil tindakan segera,” katanya.
Sumber: Sinar Harian