Bertudung Tapi Berseluar Pendek"? Ini Komen Balas Che Ta..!

ALOR SETAR - Bengang dengan kritikan melulu segelintir peminat yang mengutuknya "bertudung tapi berseluar pendek", pelakon jelita Rozita Che Wan menyifatkan mereka sebagai "buta" kerana tidak dapat membezakan antara seluar dengan peha.

Kata Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, mereka yang berakal tidak akan memberikan komen sama ada dia memakai seluar atau seluar pendek memandangkan aktres itu tidak gila untuk mengenakan tudung dengan hanya berseluar pendek.

"Orang buta sahaja yang tak boleh bezakan seluar dengan peha. Kalau orang yang berakal tengok gambar ini mereka takkan komen yang saya tak pakai seluar atau memakai seluar pendek kerana secara jelas saya bertudung.

"Saya bukannya gila untuk buat seperti itu. Saya tahu batas bertudung. Hanya orang yang selalu fikir negatif sahaja akan pantas membuat kesimpulan yang negatif semata-mata," kata Che Ta yang dipetik dari Berita Harian, hari ini.

Pun begitu, Che Ta meluahkan rasa leganya apabila ramai peminat yang tampil mempertahan dirinya dan hanya segelintir sahaja yang menghentamnya gara-gara kontroversi terbaru yang berlaku ketika dia di London bersama suami dan anaknya itu.

"Yang kutuk itu hanya seorang dua dan selebihnya banyak memberi komen mempertahankan saya. 

"Jadi biarlah apa orang nak cakap, saya cool sahaja," kata Che Ta yang menegaskan bahawa kontroversi terbabit langsung tidak menjejaskan moodnya sepanjang bercuti di kota London. 


Che Ta sebelum ini dikatakan telah mencemar imej muslimah bertudung apabila mengenakan seluar ketat berwarna kulit sekali gus memberi ilusi dia seolah mendedahkan bahagian peha kepada umum.

Walaupun sering dilanda kisah hangat dan panas, namun Che Ta tetap nampak "cool" menangani segala kontroversi yang melanda hidupnya, sekaligus menyerlahkan kematangan selebriti kelahiran Kedah itu. -Kedahnews.com