Bintang Fast & Furious Teruja Sambut Ramadhan Ini

Bintang "Fast & Furious", Tyrese Gibson
Bintang filem terkenal "Fast & Furious", Tyrese Gibson, teruja menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini sehingga memuatkan status di laman sosial Instagramnya betapa dia cintakan bulan penuh keberkatan itu.

Gibson sebelum ini dilaporkan sudah memeluk agama Islam sejak awal 2014 selepas berkunjung ke Dubai dan menyaksikan sebuah filem pendek yang bertajuk "The Purpose of Life".

"Ramadan Al-Mubarak untuk umat Islam di seluruh dunia, saya sayang anda semua. Saya benar-benar sayang anda semua. In Sha Allah, keberkatan untuk kamu dan keluarga kamu." tulis Gibson.

Selepas kematian bintang utama filem sekuel tersebut, Paul Walker, yang terlibat dalam satu kemalangan ngeri, Gibson dikatakan telah ke Dubai mengubati rasa sedihnya.

Mengambil inspirasi dan kesan dari filem berkenaan, Gibson kemudian dikatakan memeluk Islam dan sempat bergambar kenangan dengan mengenakan jubah berwarna putih, lengkap berserban.

Setelah beliau memeluk Islam, Gibson merasakan dirinya seperti baru dilahirkan semula.

Sementara itu menerusi video pendek Deen.com, Gibson dikatakan mendapat hidayah selepas dia menonton  sebuah filem pendek yang berjudul ' The Purpose of Life '.

Keputusan Gibson tersebut menerima sambutan yang sangat baik oleh para peminatnya yang bersyukur atas hidayah yang diberikan kepada pelakon Hollywood itu. -Kedahnews.com